teman,sahabat,kawan….
Apabila kau ingin berteman, janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan satu kelemahan, kau mungkin akan menjauhinya.andai kau ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya, kerana mungkin dengan satu keburukan, kau akan membencinya. Andai kau ingin sahabat yang satu, janganlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu, kau mungkin akan memfitnahnya. Andai kau ingin seorang teman, janganlah kerana sifat cerianya kerana andai dia tidak pandai menceriakan, kau mungkin kan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat, terimalah dia seadanya, kerana dia seorang sahabat, yang hanya manusia biasa. jangan diharapkan sempurna kerana kau juga tidak sempurna.. tiada yang biasa-biasa enjadi satu yang sempurna. Tapi bersahabatlah kerana Allah…
SESUNGUHNYA
Sahabat yang sejati …akan menunggu dan menanti…resah dan rindu silih berganti… Sahabat yang sejati …akan selalu menasihati…mengasah hati…menghantar salam menerima salam …memaafkan kesalahan. Sahabat sejati…akan selalu mengingati…air mata selalu mengiringi…senyum tika kau mengunjungi…akan menitis lagi…tika memerhati kau telah pergi lagi. Sahabat sejati …tetap menanti..kerana hati yang telah disatukan Ilahi… dalam ukhwahNya yang suci…dan abadi hingga akhir hayat nanti